Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, July 23, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Program usahawan basmi kemiskinan: Naroden

MECD dan UPUB Jabatan Ketua Menteri akan melaksanakan program itu di seluruh kawasan DUN

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB) Jabatan Ketua Menteri akan melaksanakan program skim pembangunan usahawan membasmi kemiskinan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Majais berkata, program pembangunan usahawan itu akan dilaksanakan di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Katanya, program itu bertujuan membantu penduduk-penduduk kampung (golongan miskin) yang terlibat dalam pelbagai bidang keusahawanan.

“Kerajaan Persekutuan melalui MECD telah menyediakan dana besar untuk membangunkan usahawan-usahawan peringkat kampung yang menceburi bidang pelbagai perniagaan,” katanya kepada Utusan Borneo di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Menurut Naroden, program pembangunan usahawan itu mempunyai dua matlamat iaitu membasmi kemiskinan menerusi dana khas membantu golongan ibu tunggal dan belia.

Beliau memberitahu, setiap wakil rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen bagi kawasan masing-masing akan memilih peserta yang layak diberi bantuan itu.

Naroden yang juga ADUN Simunjan berkata, setiap ADUN atau Ahli Parlimen akan memilih 100 peserta dengan peruntukan disalurkan sejumlah RM3,000 seorang.

“Peruntukan itu tidak diberikan secara tunai, tetapi dalam bentuk peralatan yang digunakan oleh para peserta (usahawan) yang dipilih menjalankan perusahaan di rumah termasuk kos latihan.

“Sebagai contoh, penduduk kampung yang menjalankan usaha ‘mengurut’ mungkin diberi peralatan mengurut yang berteknologi terkini.

“Begitu juga mereka yang terlibat dalam pembuatan kuih, gunting rambut, menjahit dan sebagainya,” kata beliau.

Selain program itu, MECD dengan kerjasama pelbagai agensi pembangunan usahawan juga akan mengadakan program Koperasi Bina Rakyat (KBR).

Menurut Naroden, program KBR lebih besar skopnya kerana melibatkan peruntukan yang lebih besar meliputi pelbagai program pembangunan usahawan bermula dari latihan sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

Dalam program itu, penduduk (usahawan) terbabit digalakkan menubuhkan koperasi dengan keahlian seramai 30 hingg 50 orang.

“Penubuhan koperasi itu adalah langkah drastik untuk para usahawan mempertingkat keupayaan serta mampu bersaing dalam pasaran lebih tinggi,” katanya.

Naroden menjelaskan, ke-dua-dua program itu bakal dilaksanakan bulan depan dengan peruntukan disalurkan kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sementara itu, Naroden turut menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Pembangunan Usahawan Persekutuan dan Negeri (JPPU-PU) di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Katanya, mesyuarat itu telah membincangkan perancangan pembangunan usahawan bagi membasmi kemiskinan di peringkat daerah dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Noh Omar.

Beberapa kertas kerja dibentangkan dalam mesyuarat itu seperti model dalam pembangunan usahawan, program pembasmian kemiskinan dan majlis pembangunan usahawan daerah.

Dalam pada itu, Naroden menyambut baik pendekatan yang dipersetujui mesyuarat itu untuk meluluskan permohonan pembiayaan usahawan pada Ogos depan, yang ditolak oleh pelbagai agensi.

“Saya amat setuju dengan pendekatan pembiayaan semula pinjaman usahawan yang akan dilaksanakan bulan depan bagi memberi peluang kepada usahawan mempertingkatkan usaha mereka,” tegasnya.

Naroden berkata, impak kepada pembiayaan itu amat baik bagi para usahawan yang benar-benar ingin mencapai kejayaan dalam dunia keusahawanan.

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall

Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments

Three-way fight Jan 17

More In Sarawak News


Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments

Hari chukup kiruh ba SMK Marudi

More In Iban


Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments

Kuota subsidi beras dipantau

More In Tempatan