Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Tuesday, July 22, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Lubok Nibong hab pengeluaran beras Bajong

Tampung pengeluaran beras negeri, S’wak jadikan Lubok Nibong kawasan pengeluaran beras berkualiti

SARATOK: Lubok Nibong akan dijadikan kawasan pengeluaran ‘Beras Bajong’ bagi menampung permintaan beras dalam negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, kawasan itu mempunyai potensi untuk dijadikan hab pengeluaran beras wangi berkenaan yang berkualiti dan bernilai.

“Beras tempatan adalah dikategorikan sebagai beras istimewa dan harganya tidak dikawal kerajaan,” ujarnya ketika berucap pada perasmian Pesta Beras Wangi Lubok Nibong di Saratok, Ahad lepas.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Jelaing Mersat, Menteri Muda Pemodenan Pertanian Datuk Peter Nyarok Entrie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Wahab Abdul Aziz, ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Jaul Samion, Pengarah Pertanian Paul Vincent Ritom dan Residen Bahagian Betong Romie Sigan.

Katanya, kerajaan amat memandang berat masalah kekurangan beras ketika ini dan telah mengenal pasti kawasan jelapang padi baru bagi menampung permintaan rakyat.

“Penerokaan kawasan baru ini akan menguntungkan para petani kerana penanaman (padi) beras wangi ini adalah amat baik dan menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata krisis kenaikan harga barang tempatan terutamanya barang makanan seperti beras haruslah dijadikan platform untuk menghasilkan satu perniagaan yang boleh menjadi sumber pendapatan.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian berkata, petani-petani di Skim Pengairan Lubok Nibong harus mengambil kesempatan ini bagi mempergiatkan usaha menanam padi dengan mengamalkan pendekatan pertanian yang baik kerana pasaran padi jenis kualiti tempatan ini adalah amat luas.

Katanya, ke arah itu kementerian beliau telah membekalkan tiga tan benih padi Bajong untuk diagih-agihkan kepada petani di kawasan itu.

“Sasaran kita ialah pada tahun 2009 petani di skim ini dapat mempertingkatkan pengeluaran ‘Beras Bajong’ dan mampu menampung permintaan dalam negeri pada masa akan datang,” tambah beliau.

Beliau berkata, bagi menjayakan projek ini Jabatan Pertanian Betong telah membuat perancangan pembangunan pertanian yang rapi bagi Skim Pengairan Lubok Nibong bagi tempoh 2007 hingga 2015.

Beliau menambah, di bawah perancangan program Projek Pembaikan Infrasturkur (PIIP) sebanyak RM867,000 telah diperuntukkan bagi memperbaiki sistem perparitan, pintu air dan jambatan belian dan kerja-kerja meratakan kawasan sawah.

Skim Pengairan Lubok Nibong melibatkan kawasan seluas 291 hektar terdiri daripada penduduk yang menetap di Kampung Perpat, rumah panjang Mujah, rumah panjang Galing dan rumah panjang Raweng.

Terdapat 206 isi keluarga tani dengan jumlah penduduk seramai 1,205 orang terdiri daripada kaum Iban dan Melayu.

Justeru, beliau berharap penduduk di kawasan itu mengambil kesempatan dengan berusaha mempertingkatkan pendapatan seisi keluarga bukan saja daripada tanaman padi malahan tanaman kontan lain seperti jagung, tembikai, labu manis serta sayur-sayuran yang sesuai ditanam di kawasan ini.

Terdahulu Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berterima kasih kepada kerajaan melalui Kementerian Pemodenan Pertanian kerana memberi komitmen yang tinggi untuk menjadikan Lubok Nibong sebagai salah sebuah jelapang padi.

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall

Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments

Three-way fight Jan 17

More In Sarawak News


Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments

Hari chukup kiruh ba SMK Marudi

More In Iban


Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments

Kuota subsidi beras dipantau

More In Tempatan