Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Monday, July 21, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Yong tiada hasrat rebut kedudukan tertinggi SUPP
KUCHING: Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Yong Khoon Seng berkata beliau tidak berhasrat untuk merebut kedudukan tertinggi dalam parti itu dan menyerahkan nasibnya kepada persetujuan parti dalam persidangan delegasi tiga tahun sekali nanti.
Beliau berkata sudah menjadi tradisi parti itu untuk melantik pemimpin berdasarkan persetujuan semua bagi me-mastikan pengagihan adil jawatan.
“Secara tradisinya pemilihan pemimpin SUPP adalah berdasarkan persetujuan ramai. Dua tahun lalu kita menghadapi masalah dan kekecohan dalam parti tetapi diharap kali ini pemilihan dalam parti akan berlansung dengan lancar.
“Saya tidak akan berlumba-lumba untuk mendapatkan sebarang jawatan atau kedudukan tetapi jika saya diminta kekal saya akan kekal,” katanya kepada pemberita semalam.
SUPP dijangka mengada-kan persidangan delegasi tiga tahun sekalinya pada Disember tahun ini.
Yong yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata sekiranya berlaku perkara tidak diingini, pemimpin-pemimpin parti akan membincangkan perkara iru sehinga kata sepakat dicapai.
Buat masa ini katanya, parti mempunyai enam naib presiden termasuk dirinya, Datuk Tiong Thai King (Ahli Parlimen Lanang), Datuk Robert Lau (Ahli Parlimen Sibu), Lily Yong (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan), Alan Sim (Ketua Pemuda) dan Datin Janet Lau (Ketua Wanita).
Ditanya mengenai perbualan hangat mengatakan SUPP bakal bergabung dengan parti kaum Cina lain seperi MCA dan Gerakan, Yong dengan tegas berkata: “Apa yang saya tahu, tiada perbincangan mengenai penggabungan tersebut setakat ini.”
Terdahulu Yong merangkap Presiden Persatuan Tung Yang Clan Sarawak menjemput ahli persatuan itu menghadiri majlis makan malam bagi meraikan ulang tahun ke-30 persatuan di Christian Ecumenical Worship Centre, Jalan Laksamana pada 6 Sept akan datang.
Beliau berkata majlis itu adalah salah satu cara mempertemukan keluaga Tung Yang dari seluruh Malaysia. Beberapa aktiviti sampingan akan diadakan pada majlis itu seperti pertandingan mewarna telur itik, karaoke dan pakaian beragam kanak-kanak.
Beliau menambah, ahli berusia 70 tahun dan ke atas akan menerima sumbangan pada majlis itu.
Sementara itu, bagi mereka yang berminat menyertai majlis makan malam itu boleh menghubungi persatuan atau pengerusi persatuan Lee King Moi di talian 082-246855.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Leave a Reply