Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Monday, July 21, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Kesihatan optimum jamin kejayaan hidup
Amalkan cara hidup sihat dengan aktiviti cergas biarpun dalam masa yang singkat
SIBU: Kesihatan optimum membolehkan kita benar-benar menikmati kejayaan selain membantu mencapai potensi yang besar dalam ke-hidupan seharian, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Robert Lau Hoi Chew.
Lau berkata, selain mengamalkan kombinasi pemakanan yang baik serta senaman dan rehat yang betul, amalan membina dan mengekalkan mental yang positif juga penting.
Ini adalah bertujuan untuk memperolehi kesihatan yang sempurna dan pada masa yang sama, memberi lebih tenaga untuk membantu meningkatkan prestasi kerja serta keharmonian rumah tangga.
“Adalah penting untuk kita semua mengamalkan cara hidup sihat dengan menjalani aktiviti kecergasan dan bersukan walaupun dalam masa yang singkat kerana ia memberi manfaat kepada tubuh badan serta kesejahteraan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran program ‘Sarawak Cultural Workout’ atau Senaman Kenyalang dan Kejohanan Aerofit dan Aerofithon Peringkat Negeri Sarawak 2008 di Pintu Gerbang Sibu, pagi semalam.
Menurut Lau, Senaman Kenyalang merupakan salah satu daripada agenda sosial negeri yang memberi fokus kepada nilai kerjasama, patriotisme, pembangunan komuniti, institusi kekeluargaan dan budaya hidup sihat.
Dalam merealisasi serta mempromosikan aktiviti kecergasan di seluruh negeri, program seumpama itu, katanya, telah dirangka dan ditonjolkan dalam cara yang berlainan dengan mengutamakan identiti etnik dan kaum melalui tarian serta aktiviti kecergasan.
“Program ini adalah ber-konsepkan ‘Sarawak Cergas’ iaitu mewujudkan kecergasan fizikal, mental dan rohani,” jelasnya.
Lau berkata, antara objektif penganjuran program tersebut yang diadakan julung kalinya di Sibu ialah untuk mengekal dan mempromosikan kekayaan identiti ke-budayaan kaum melalui aktiviti kecergasan kepada golongan belia.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan Sara-wak melalui aktiviti senamam dan pada masa yang sama menanam semangat patriotik dan nilai diri melalui senaman.
Tambah Lau lagi, program Senaman Kenyalang juga diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang cergas, berdisiplin dan daya tahan serta aktif untuk pembangunan negara.
Hadir sama semasa pelancaran program Senaman Kenyalang itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Awang Bemee Awang Ali Basah, ADUN Pelawan Vincent Goh, Pemangku Residen Bahagian Sibu Ismail Hanis, Ketua Penolong Setiausaha Belia dan Sukan KPSU Hamdan Sharbini dan Penolong Setiausaha Tetap KPSU Paul Kawin Pipo.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Leave a Reply