Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Sunday, July 20, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Terap budaya kreatif, bentuk negara berdaya saing

KUCHING: Budaya kreatif dan inovasi dalam sesebuah organisasi adalah penting bagi menentukan usaha meningkatkan budaya kerja cemerlang dilaksanakan secara berterusan ke arah pembentukan negara yang berdaya saing.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, usaha ke arah membangunkan modal insan diberi perhatian khusus untuk memastikan proses peralihan kepada ekonomi berasaskan ilmu berjalan lancar.

Menurutnya, ia tidak seharusnya tertumpu kepada aspek teknikal semata-mata, tetapi juga memberi perhatian kepada sikap dan nilai-nilai yang murni.

“Kefahaman tentang aspek produktiviti dan kualiti seperti merancang kerja dan penambahbaikan berterusan melalui kerja berpasukan adalah penting kerana melaluinya kita dapat menggunakan sumber-sumber yang ada dalam organisasi dengan lebih cekap dan optimum,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Muda Pelancongan yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Belia Hamden Ahmad sempena majlis penutupan dan penyampaian hadiah program Q-Xplorace 2008 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini, semalam.

Beliau menambah, sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjadi antara pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi negara yang juga titik tolak kepada semangat keusahawanan, menjana aktiviti-aktiviti nilai tambah, memperluaskan asas eksport dan meningkatkan peluang pekerjaan.

“Semua pengusaha IKS digalak memantapkan operasi perusahaan mereka dengan mencari dan menerima pakai teknologi baru untuk terus kekal berdaya saing di dalam mahupun di luar negara.

“Pengusaha IKS juga harus membudayakan konsep inovasi untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti mereka,” katanya sambil menggesa pengusaha IKS memastikan tahap kualiti produk dan perkhidmatan serta keyakinan pelanggan sentiasa dipertingkatkan.

Sementara itu, pelepasan lebih 1,300 peserta membabitkan 350 kumpulan terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), pelajar sekolah menengah, sektor swasta dan awam disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan kira-kira jam 8 pagi.

Juara Q-Xplorace 2008 yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dimenangi oleh Pasukan Xfab, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (naib juara), Toko Elektronik Sdn Bhd (ketiga), Perunding Muhandis Sdn Bhd (keempat) dan UiTM di tempat kelima.

Hadiah khas bagi kategori swasta dimenangi oleh SME Bank, Jabatan Kimia (kategori awam) dan SMK Sains Kuching pula memenangi bagi kategori sekolah dan belia.

Hadir sama, Ketua Pengarah MPC Dato’ Nik Zainiah Nik Abdul Rahman dan Pengarah MPC Sarawak Abdul Latiff Abu Seman.

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall

Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments

Three-way fight Jan 17

More In Sarawak News


Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments

Hari chukup kiruh ba SMK Marudi

More In Iban


Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments

Kuota subsidi beras dipantau

More In Tempatan