Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Saturday, July 19, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
SCORE lonjakkan KDNK S’wak sehingga lima kali ganda pada 2030
KUCHING: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak dijangka mengalami pertumbuhan lima kali ganda atau tujuh peratus pada tahun 2030 berbanding 4.9 peratus pada 2006 - satu kesan pembangunan ekonomi yang amat besar.
Kertas kerja bertajuk ‘Peluang Perniagaan Dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)’ bagaimanapun menggariskan tanpa pelaksanaan SCORE, pertumbuhan KDNK pada 2030 dijangka hanya berada pada paras lima peratus. “Pada 2006 KDNK sebenar adalah sebanyak RM23 bilion dan dijangka meningkat kepada RM118 bilion pada 2030 dengan pelaksanaan SCORE.
“Selain itu, sebanyak 1.6 juta pekerjaan akan wujud berbanding 0.9 juta pekerjaan pada 2006 dan populasi meningkat kepada 4.6 juta orang daripada 2.4 juta orang,” kata Ketua Penolong Pengarah, Unit Perancang Negeri Buckland Bangik.
Kertas kerja itu dibentangkan beliau pada Seminar Pelaburan Sarawak dan Dialog Perniagaan serta Seminar Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan di sini, kelmarin.
Jangkaan KDNK yang sama turut disentuh oleh Pengarah Unit Perancang Negeri Ismawi Ismuni pada sesi taklimat media mengenai SCORE anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) semalam.
SCORE yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 11 Februari lepas, merangkumi kawasan seluas 70,708 kilometer persegi merupakan strategi pembangunan bertumpu di wilayah tengah merangkumi antara Similajau dalam bahagian Bintulu dan Tanjung Manis, Mukah.
Bagaimanapun, keluasan SCORE masih belum diwartakan dan mungkin ia dikecilkan atau diluaskan lagi, kata Ismawi.
Jangkaan peningkatan itu juga menunjukkan KDNK tumbuh pada 10 peratus dengan nilai RM55 bilion pada 2015, manakala dalam masa lima tahun berikutnya pada 8.7 peratus atau RM74 juta.
Menjelaskan penurunan jangkaan KDNK pada tahun 2020, Ismawi memberitahu dalam tempoh pelaksanaan awal iaitu sebelum 2015, SCORE akan menyaksikan banyak kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.
Dan kesan daripada pembinaan itu, KDNK akan melonjak hingga 10 peratus bermula sekarang hingga 2015.
Ismawi pada taklimat itu menambah, bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang diperlukan dalam SCORE, institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah diminta ‘menyesuaikan’ dengan perubahan bakal dihadapi.
Antaranya, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Swinburne, Universiti Curtin dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Latihan Perindustrian dan Politeknik. “Program yang dipanggil U-SCORE ini diwujudkan agar mewujudkan tenaga kerja yang sesuai dengan kehendak pasaran kerja dan mencukupi,” ujarnya.
Pada masa ini, hal-hal berkaitan SCORE diuruskan oleh Unit Perancang Negeri, Jabatan Ketua Menteri dan akan diambil alih oleh Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).
Dari aspek pentadbiran, RECODA akan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang kini masih belum diisi.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Leave a Reply