Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Saturday, July 19, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Rakam adegan lucah bersama teman wanita, remaja 17 tahun ditahan
SRI AMAN: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis kerana disyaki merakam adegan lucah dirinya bersama teman wanitanya menggunakan telefon bimbit mereka di sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Sri Jaya Park di sini baru-baru ini.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ayah gadis itu, remaja lelaki itu bersama anaknya yang berusia 14 tahun melakukan persetubuhan sambil merakam dengan telefon bimbit di bilik tidur rumah kawan remaja lelaki berkenaan.
Kejadian itu disedari ayah gadis berkenaan sebaik dia menerima adegan lucah itu dalam telefon bimbitnya dan melihat sendiri anak gadisnya melakukan perbuatan terkutuk itu, katanya.
Menurutnya, perbuatan terkutuk itu dilakukan pada sebelah malam semasa ketiadaan pemilik rumah itu.
“Bapa gadis itu terkejut sebaik menerima adegan lucah itu kerana ia melibatkan anaknya sendiri, lalu membuat keputusan membuat laporan polis,” katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi, semalam.
Berikutan laporan itu, pihak polis telah bertindak menahan remaja lelaki itu petang Rabu lalu untuk disoal siasat.
Begitupun remaja lelaki itu telah dibebaskan dengan ikat jamin polis semalam (Jumaat) dan akan dipanggil semula apabila diperlukan.
Gadis itu masih menuntut di sebuah sekolah menengah di bandar ini.
Ketika ditanya sama ada adegan lucah itu sudah dirakam dalam bentuk VCD atau rakaman lain untuk dijual, jurucakap berkenaan berkata, pihaknya pada ketika ini belum ada sebarang maklumat sama ada adegan itu sudah dirakam dalam bentuk VCD atau rakaman lain untuk dijual.
Pihak polis akan meneruskan siasatan lanjut berhubung perkara itu, tambah beliau.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Leave a Reply