Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Monday, July 14, 2008 10:00 - 1 Comment

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Permintaan tinggi punca kes curi besi meningkat

Kecurian dapat dikurangkan jika tiada permintaan pasaran

KUCHING: Permintaan dan harga yang tinggi terhadap besi buruk dan keluli antara punca meningkatnya kes curi besi termasuk penutup parit di negeri ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng.

“Ini berkaitan permintaan dan tawaran. Kalau tiada permintaan jualan besi buruk tidak akan berlaku.

“Saya difahamkan bahawa harga besi buruk sekilogram adalah RM1 manakala keluli bernilai kira-kira RM450 sekilogram.

“Harga ini sememangnya lumayan lebih-lebih lagi bahan-bahan ini berat,” katanya kepada pemberita di majlis perasminan Seminar Kanser dan Kesihatan anjuran Persatuan Herba dan Rawatan Tradisional Sarawak (STMHA) di Pusat Pameran dan Promosi Perindustrian (SIPEC), semalam.

Yong bagaimanapun mengakui kejadian mencuri besi buruk dan keluli tidak hanya berlaku di Sarawak terutamanya bandar besar seperti Kuching tetapi turut berlaku di seluruh negara dan ia membahayakan pejalan kaki lebih-lebih lagi apabila penutup parit atau lubang pembetungan dicuri.

Sehubungan itu, beliau percaya kecurian besi dan keluli dapat dikurangkan jika tiada permintaan pasaran.

Sehubungan itu, Yong yang juga Ahli Parlimen Stampin mahu pihak berkuasa memantau dengan ketat penjualan besi buruk serta keluli supaya kes kecurian bahan berkenaan dapat dibendung.

“Pihak berkuasa harus memantau dengan lebih serius pembeli-pembeli besi buruk bagi memastikan besi yang dijual itu bukan barang curi.

“Namun ini bukan tugas kementerian saya, kita serah semua ini kepada pihak berkuasa yang lebih bertanggungjawab, iaitu polis ,” tegasnya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Yong menggesa pakar perubatan tradisional dan herba agar melakukan lebih banyak kajian serta penyelidikan bagi memperluaskan lagi penggunaan herba tradisional dalam kehidupan harian termasuk perubatan.

“Malaysia amat bertuah kerana mempunyai hutan tropikal yang amat kaya dengan tumbuhan berpotensi menjadi ubat-ubatan. Malah ada antara herba-herba boleh ditanam secara komersial bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak dan berkualiti.

“Oleh itu kajian dan penyelidikan mendalam tentang potensi herba serta rawatan tradisional harus dilakukan dari semasa ke semasa supaya ia dapat menembusi pasaran antarabangsa. “Ini secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan negara,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi STMHA Prof Dr Wong Ching Chiong dan pengerusi penganjur Wong Toh Tung.

1 Comment

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

ahmad sufian
Aug 14, 2008 16:35

Di sini saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan iaitu (kerajaan negeri) harus tidak menyalakan sepenuhnya pada pencuri besi atau keluli. Kerajaan sepatutnya memberi wang saku untuk menampung rutin harian yang semakin meningkat pada masa kini. Sekurang-kurangnya Rm8.00 sehari bersamaan Rm240 sebulan. Cara ini boleh mengelakkan kecurian besi berluas-luassa. Tindakan ini ada di amal kan oleh negara-negara lain seperti negara Brunei Darullsalam. Sekian terima kasih. Harap cadagan saya ini dapat pertimbangan dari mana-mana pihak yang terlibat. [CARA-CARA PALING BEKESAN MEMBANTERAS JENAYAH]

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
ADVERTISE WITH US

Top Commentators

  • kdumpai
  • aban umar
  • Anak Orang Ngungun

Recent Comments

Local, Sarawak News - Oct 25, 2008 10:00 - 0 Comments

E-tourism portal to boost industry

More In Nation


Iban, Sarawak News - Oct 24, 2008 10:00 - 0 Comments

Anang enda bejaga ari ‘court scam’

More In Iban


Sarawak News, Tempatan - Oct 25, 2008 10:00 - 0 Comments

IT kembangkan perniagaan

More In Tempatan