Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, July 2, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Kerana RM1, pegawas cedera diserang dan dirompak
KUCHING: Hanya kerana RM1, seorang pegawas sekolah menengah sebuah sekolah di bandar raya ini diserang dan dirompak oleh tiga lelaki bersenjatakan pisau berhampiran sekolahnya.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 3.30 petang Isnin lalu apabila pelajar tingkatan empat itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Capital Garden selepas menghadiri mesyuarat pengawas.
Menurut mangsa yang kini berada di Hospital Umum Sarawak untuk mendapat rawatan, tiga lelaki tidak dikenali menunggang dua motosikal berasingan tiba-tiba menghampiri dan menyekat laluannya.
Tanpa memberi sebarang amaran, salah seorang daripada saspek mengeluarkan pisau pemotong daging dan seorang lagi tiba-tiba mengelar pergelangan tangan kanan mangsa sebelum meminta telefon bimbitnya.
Walaupun kesakitan, mangsa cuba melarikan diri dan melompat ke dalam longkang berhampiran dengan harapan penyerangnya tidak mengejarnya.
Bagaimanapun sebaliknya berlaku, apabila ketiga-tiga saspek terus mengejarnya dan meminta beg duitnya.
Mangsa yang ketakutan, menyerahkan beg duitnya dengan hanya RM11 di dalamnya tetapi saspek hanya mengambil RM1 kerana tidak melihat RM10 yang tersimpan di antara beberapa keping kertas.
Tidak puas hati dengan apa yang diperolehi saspek kemudiannya mengelar bahagian belakang mangsa sebanyak dua kali dan ketika mereka cuba untuk terus menyerangnya, tiba-tiba seorang penunggang motosikal yang kebetulan kawan kepada ibu mangsa melintasi kawasan itu dan terlihat insiden berkenaan.
Dia pada mulanya tidak berhenti kerana menyangka tiga lelaki yang dilihatnya di tepi longkang sambil memegang pisau sedang mencari kelapa.
Bagaimanapun, tiba-tiba dia berpatah balik kerana mencurigai sesuatu tidak diingini sedang berlaku.
Namun setibanya di lokasi, ketiga-tiga saspek telah melarikan diri dan dia hanya melihat anak kawannya itu cuba keluar dari longkang itu dan cuba menolongnya.
Mangsa kemudiannya menelefon ibunya yang bekerja di Batu 4 Jalan Penrissen menggunakan telefon kawan ibunya itu.
Sejurus kemudian, kereta ambulans tiba di tempat kejadian untuk membawanya ke hospital.
Mangsa dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan sekitar jam 11 malam semalam.
Laporan polis telah dibuat dan kes itu kini dalam siasatan polis.
Sementara itu, dalam kes berasingan seorang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah juga di bandar raya ini cedera di tangan selepas bergelut dengan lelaki tidak dikenali yang cuba merompak beg duit dan telefon bimbit-nya.
Ketika kejadian mangsa bersama dua rakan sekelasnya dalam perjalanan pulang dari sekolah iaitu kira-kira jam 3.30 petang, apabila tiba-tiba dihampiri tiga lelaki.
Saspek kemudiannya menolak kedua-dua rakan mangsa sehingga terjatuh dengan seorang lagi rakan saspek mengeluarkan pisau dapur dan diacukan ke arah leher mangsa sambil meminta telefon bimbit dan beg duit-nya.
Mangsa enggan memberi apa yang diminta sebaliknya bergelut dengan saspek sehingga menyebabkan tangan kanannya luka.
Dia bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan terus lari ke pekarangan sekolah bagi meminta bantuan.
Penyerang yang melihat mangsanya meminta bantuan terus melarikan diri.
Mangsa mendapat rawatan sebelum membuat laporan polis awal pagi semalam.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Leave a Reply