|
BETONG: Mendiang Koperal Jun Sang, dari rumah panjang Mani, Pelasok, Sri Aman yang bertugas de- ngan Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubanan (UNIFIL) pernah mengakui tempat beliau bertugas itu adalah kawasan yang tidak selamat.
Mendiang Jun, 30, meluahkan perkara itu kepada abang iparnya semasa beliau (Jun) pulang bercuti selama dua minggu di rumah sewa-nya di pasar Betong, Mac lalu.
Abang ipar mendiang iaitu Brayun Pau, 55 tahun berkata, semasa mendiang bersembang dengannya ketika bercuti menjenguk isterinya di pasar Betong, mendiang menceritakan bertugas di Lubanan cukup mencabar kerana kawasan itu penuh dengan pergolakan.
“Adik ipar saya itu memberitahu saya bahawa kawasan itu bahaya berikutan penuh dengan serangan musuh,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Beliau melahirkan kesedihan berikutan mendiang merupakan seorang yang senang dibawa berbincang dan tidak sombong.
“Jun seorang yang baik dan tidak sombong dan senang untuk dibawa berbincang,” ujarnya.
Semasa ditanya bila mayat mendiang Jun dikebumikan, Brayun berkata, belum tahu lagi kerana belum berbincang tetapi selalunya dua atau tiga hari peluang diberikan kepada saudara untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.
Menurutnya, mayat mendiang dibawa ke rumah panjang isterinya berikutan Jun diberi tanggungjawab menjaga keluarga isterinya atau ‘ngugi’ dalam bahasa Iban.
Mendiang Koperal Jun, anak kedua daripada lapan adik-beradik itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Sifra, 20 km di barat daya Kaokabah, Lubnan manakala lima rakan setugasnya mengalami kecederaan pada 16 Mei lalu.
Rakan Jun yang cedera parah dikenali sebagai Sarjan Udara Zaidil Bojei dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Bukit Jugra, Selangor.
Sementara empat lagi anggota tentera yang berada di dalam kenderaan perisai pa-cuan empat roda itu dan mengalami kecederaan ringan ialah Sarjan Syamsul Kemal Abdul Rahman, Lans Koperal Kanan Ahmad Firdaus Tajudin, Tpr Romei Minit dan Prebet Zulhilmi Mohamed.
Semasa kejadian, enam anggota pengaman itu dalam tugas mengiring pengam- bilan anggota Malcon dari Beirut ke Marjayoun.
Jenazah Jun dijangka tiba di Kuala Lumpur hari ini (Rabu) sebelum dibawa ke rumah panjang isterinya iaitu rumah panjang Kelabit, Engkalat, Spak, Layar Betong.
Mendiang meninggalkan dua orang anak, masing-masing perempuan dan lelaki yang baru berusia lima tahun dan tiga tahun.
Jenazah Jun dijangka akan dikebumikan di kubur Kristian Angelican, Betong.

|
Leave a Reply