Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, March 26, 2008 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Ringankan beban rakyat

Tiga langkah untuk kurangkan beban golongan berpendapatan rendah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mendedahkan senarai langkah yang akan dilaksanakan kerajaan adalah usaha mengurangkan beban yang ditanggung golongan berpendapatan rendah.

Langkah pertama daripada pelan tiga perkara itu ialah mengurangkan kesan peningkatan harga dunia bagi isirumah berpendapatan rendah dan mengehadkan pembaziran serta kerugian yang berpunca daripada subsidi.

Kedua, kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan rancangan ekonomi bagi memastikan faedahnya akan menyentuh kehidupan mereka yang paling memerlukan.

Ketiga, kerajaan akan meneruskan usahanya ke arah mengurangkan jurang pendapatan antara dan dalam kalangan kumpulan etnik, dan dalam masa yang sama memastikan kesaksamaan bagi semua rakyat Malaysia.

Semasa menghuraikan rancangan itu dalam ucaptamanya pada persidangan Invest Malaysia 2008 di sini, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata ia merupakan sebahagian daripada hasratnya untuk melaksanakan agenda berani bagi menangani kebimbangan rakyat seperti yang disuarakan mereka melalui kertas undi pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Pada sidang akhbar kemudian, Abdullah berkata perincian mengenai langkah-langkah itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Saya akan umumkan jumlah yang kita akan belanjakan bagaimanapun apa yang penting ialah dasar telah dibuat,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa di sebalik perangkaan ekonomi yang baik sejak dua tahun lepas, rakyat merungut bahawa usaha membantu golongan miskin masih belum mencukupi dan perangkaan itu tidak memberi manfaat kepada mereka.

“Saya tahu mereka prihatin dan bimbang dengan kenaikan harga minyak serta barangan lain. Ini yang menjadi kebimbangan mereka sebenarnya dan kecuali masalah itu ditangani, apa jua rujukan mengenai ekonomi kita dalam keadaan baik, sudah semestinya tidak diterima baik oleh mereka. Ini yang harus ditangani,” kata Abdullah.

Menjawab satu soalan, Abdullah berkata ada banyak jalan untuk membantu golongan miskin tetapi buat masa ini, kerajaan memberi tumpuan bagi memastikan beban mereka berbelanja untuk barang keperluan dikurangkan.

Ditanya sama ada ia bermakna kerajaan tidak akan meneruskan dengan rancangannya untuk mengurangkan subsidi, Abdullah berkata: “Anda perlu tunggu, Ia tidak lama.”

Ditanya sama ada ia juga bermakna harga bahan api sekarang akan kekal, beliau berkata:” “apa jua harga sekarang yang kita perlu adakan, kita harus hadapinya, tetapi bila kami mengumumkannya nanti, harapan saya keadaan itu akan berubah. Itu saja.”

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdullah berkata mesej daripada pilihan raya yang baru selesai ini ialah beliau tidak cukup pantas bertindak untuk mengadakan pembaharuan yang beliau janjikan.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mesej ini. Maksudnya difahami,” katanya.

Abdullah mengakui bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dihambat dengan dogmatisme atau ketegaran dan sentisa bersedia untuk mendengar suara rakyat.

Apapun kerajaan yang sudah bersedia untuk berubah dan menangani kebimbangan serta sungutan rakyat, katanya, sambil menjelaskan bahawa kerajaan kini dalam proses pencergasan semula.

Sambil berjanji akan melaksanakan langkah berani dalam penggal kedua sebagai Perdana Menteri, Abdullah berkata keutamaan lain yang akan difokusnya ialah mengurangkan kadar jenayah secara drastik, mempertingkatkan usaha memerangi rasuah, menyokong reformasi kehakiman dan memastikan jumlah saksama tempat ibadat bagi rakyat Malaysia semua agama.

“Ini merupakan isu besar yang disuarakan pengundi tanpa mengira kaum, latar belakang, gender atau umur,” katanya sambil berkata pada masa yang sama kerajaan akan terus memenuhi janjinya kepada rakyat.

??? Bernama

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall

Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments

Three-way fight Jan 17

More In Sarawak News


Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments

Hari chukup kiruh ba SMK Marudi

More In Iban


Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments

Kuota subsidi beras dipantau

More In Tempatan