Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Tuesday, March 25, 2008 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Kekal khazanah hutan
Penguatkuasaan akan terus diperkemas, diperkuatkan bagi mengawal aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan hutan kekal Sarawak
KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) akan terus memperkemas dan memperkuatkan lagi bidang penguatkuasaan bagi mengawal serta mengurangkan aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan hutan kekal.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Dato Sri Awang Tengah Ali Hasan berkata bidang penguatkuasaan bukan suatu yang baru dan telahpun berjalan dengan begitu baik sehingga dua aktiviti terbabit berjaya dikurang dan dikawal pada tahap yang memuaskan.
“Namun kita akan terus berusaha untuk memperkemas bidang ini dan pada masa sama mempertingkatkan lagi kaedah-keadah yang digunakan dengan menggunakan teknologi tinggi serta berkesan.
“Ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan menjadi keutamaan kita selain terus memupuk kerjasama dengan semua pihak,” katanya demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2008, di sini, semalam.
Justeru katanya, JHS akan meningkatkan pengaplikasian Sistem Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pencegahan (MEP) selain mengemas kini kaedah pemantauan secara rondaan melalui darat dan udara.
“Kaedah-kaedah pemantauan secara rondaan menggunakan teknologi tinggi dan terkini seperti imej satelit dan Penderian Hiperspektral dari udara akan terus dipertingkatkan selain pengaplikasian MEP,” katanya.
Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata usaha penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan serta menyelaras semua agensi terlibat termasuk polis dan tentera untuk menghalang berlakunya pembalakan haram dan pencerobohan hutan di negeri ini.
Namun menurut beliau perkara paling penting ialah masyarakat umum memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika mengesyaki berlakunya dua aktiviti tersebut di kawasan mereka.
“Ini tidak bermakna aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan berlaku dengan serius di Sarawak, cuma ia hasrat kita untuk mengekalkan khazanah berharga ini demi kepentingan generasi sekarang dan akan datang,” katanya.
Ditanya adakah aktiviti pembalakan haram ini dilakukan oleh syarikat asing atau tempatan, Tengah berkata biasanya aktiviti berkenaan dilakukan secara terancang oleh sesebuah kumpulan yang tidak hanya didalangi syarikat asing tetapi kumpulan tempatan.
Beliau turut memberitahu JHS sering melakukan operasi pemantauan dan kawalan dengan kerjasama pihak polis dan tentera kerana bimbang ???kumpulan pembalakan haram terancang??? itu memiliki senjata api.
Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Tengah berkata JHS, akan memperkasakan lagi sistem Pengurusan Hutan Lestari menerusi jalinan kerjasama dengan beberapa pertubuhan antarabangsa antaranya Pertubuhan Perkayuan Tropika Antarabangsa (ITTO) dan Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu ??? Kemudahan Alam Sekitar Global (UNDP-GEF).
“Ini antara langkah kerajaan untuk mencapai sasaran memiliki enam juta hektar Kawasan Hutan Simpan Kekal dan 1 juta hektar lagi sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya seperti Taman Negara, Sanktuari Hidupan Liar dan Rizab Semula Jadi dalam waktu terdekat ini,” katanya.
Menyentuh sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2008, Tengah berkata tema sambutan kali ini ???Sayangi Hutan Kita??? amat bertepatan sebagai memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar di kalangan masyarakat umum dan pelajar khasnya.
Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2008 kali ini merupakan anjuran bersama Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedua Datuk Morshidi Abdul Ghani, Pengarah JHS Datu Len Talif Salleh, ADUN Lambir Aidan Wing dan ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi berkaitan.
Selepas itu ,Tengah merasmikan program penanaman pokok bakau di Sumber Alam Sanktuari.
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Leave a Reply