Bahasa Malaysia - Written by mySarawak on Tuesday, March 25, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Jangan sampai terlepas peluang SCORE

Koridor bakal bawa pembangunan besar, masyarakat ketinggalan jika tidak bersedia

MUKAH: Bersedia dan jangan sampai terlepas peluang. Itulah gesaan Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Muhammad Leo Toyad kepada lebih 600 ribu rakyat yang terlibat langsung dengan program pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Beliau berkata, SCORE bakal membawa ledakan pembangunan secara besar-besaran yang mungkin tidak pernah terfikir oleh rakyat sebelum ini dan mereka akan ketinggalan jika tidak bersedia dari sekarang.

Selain itu katanya, SCORE juga memberi manfaat yang amat besar kepada semua peringkat masyarakat terutama kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang pertanian, perindustrian dan keusahawan.

Semua pihak mesti bersiap sedia bukan sahaja dari segi ilmu tentang SCORE tetapi juga, memberi penekanan serius terhadap pendidikan generasi muda. Mereka adalah generasi terpenting yang bakal menerajui program ini. Kita tidak mahu peluang itu akan terlepas ke tangan orang lain, katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran SCORE ketiga, di sini, semalam.

Score merupakan koridor pembangunan kelima dilancarkan Perdana Menteri selepas Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Koridor Pembangunan Sabah.

Ia terletak di wilayah tengah Sarawak merentasi kawasan sepanjang 320 kilometer dan meliputi kawasan seluas 70,000 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk 607,800 orang.

SCORE yang bermula dari Tanjung Manis, Mukah dan Similajau, Bintulu mampu meningkatkan ekonomi Sarawak ke tahap yang lebih tinggi agar standing dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.

Saya yakin menerusi SCORE, Sarawak boleh mencapai Wawasan 2020 setanding dengan negeri-negeri yang maju lain di negara ini selain, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak Sarawak sendiri, katanya.

Bagaimanapun, katanya, peluang-peluang pekerjaan yang disediakan hasil pelancaran SCORE tidak dapat dimanfaat sepenuhnya oleh anak-anak Sarawak sendiri jika mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

??Oleh itu, ibu bapa harus mula memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak dan sebagai pelajar mereka mesti mengambil kesempatan daripada SCORE untuk belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi tenaga mahir yang akan seterusnya menyumbang kepada pembangunan Sarawak dan Malaysia amnya.

Jika tidak, peluang pekerjaan profesional, mahir dan separuh mahir akan dijawat oleh pekerja asing, ini satu kerugian besar kepada negara, sedangkan kita berkemampuan melahirkan modal insan yang berkualiti.

Score menjadi lembaran baru kepada pengusaha pelancongan di Mukah dan Bintulu kerana dengan pelancarannya pasti ramai pelabur asing akan datang ke situ bersama-sama ahli keluarga.

Oleh itu pengusaha pelancongan harus bersedia menerima kedatangan pelancong dari luar dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan, ujarnya.

Beliau juga menegaskan projek pembangunan seperti SCORE harus dilihat dengan aspek positif dan bukannya berasa terancam kerana ia mampu memberi manfaat kepada semua pihak.

Terdahulu, Residen Mukah, Abdullah Jamil berkata, pameran itu diadakan bertujuan membolehkan orang ramai mendapat maklumat terkini tentang SCORE.

Kita juga mahu orang ramai faham apa itu SCORE dan bersiap sedia untuk mengambil peluang serta faedah hasil daripada pelaksanaan program berkenaan. Kita bersyukur, pameran hari pertama mendapat sambutan amat menggalakkan, katanya.

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

my sarawak auction
mysarawak forum
Web Solution
My Proton Community
Online Mall
ADVERTISE WITH US

Top Commentators

  • kdumpai
  • aban umar
  • Anak Orang Ngungun

Recent Comments

Local, Sarawak News - Oct 25, 2008 10:00 - 0 Comments

E-tourism portal to boost industry

More In Nation


Iban, Sarawak News - Oct 24, 2008 10:00 - 0 Comments

Anang enda bejaga ari ‘court scam’

More In Iban


Sarawak News, Tempatan - Oct 25, 2008 10:00 - 0 Comments

IT kembangkan perniagaan

More In Tempatan