Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Monday, February 4, 2008 - 2 Comments
Email This Post
-
Print This Post
M’sia bantu semua agama
Satu-satunya negara sediakan geran untuk rumah ibadat
BAU: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Dr Tiki Lafe mengingatkan rakyat bahawa hanya Malaysia satu-satunya negara yang memperuntukkan geran bagi membantu pembinaan rumah ibadat.
Beliau menjelaskan walaupun terdapat beberapa masalah sepanjang pelaksanaannya itu, kerajaan secara umumnya bersedia membantu semua kumpulan agama.
“Saya faham memang ada banyak gereja yang bakal dibina sekitar kawasan ini dan kita mesti menyokong padu mereka tetapi pada masa sama, kerjasama di antara semua pihak amat penting bagi membolehkan kita terus mengekal bangunan ini,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Gereja St. Mark Kampung Stass di sini, semalam.
Beliau berkata rakyat perlu proaktif dalam menjaga rumah ibadat atau struktur bangunan agar ia bertahan lama.
Dr Tiki, yang juga Ahli Parlimen Mas Gading menyeru penduduk Stass agar menyediakan jadual pembersihan bagi gereja baru itu.
“Jadikan gereja ini sebagai contoh kepada kampung lain,” ujarnya sambil menambah beliau akan meluluskan geran sebanyak RM10,000 bagi pengurusan Gereja St. Mark.
Terdahulu, Pengerusi Gereja, Edward Jaoi Ginip menjelaskan kontraktor Prima PSE Sdn Bhd Consultancy memulakan kerja pembinaan pada April 2005 dan siap sepenuhnya dua tahun lalu.
Beliau berkata gereja yang dianggarkan bernilai hampir setengah juta ringgit itu, menerima peruntukan sebanyak RM250,000 daripada kerajaan dan dikumpulkan lebih tiga tahun.
Sement0ara itu, perasmian gereja berkenaan telah disaksikan oleh Archbishop John Ha, Rector Parish St Stephen, Father Patrick Heng dan beberapa ketua masyarakat.
2 Comments
felicia rohani david durin
i am not belong to any religion but i trust myself belong to “GOD”
Leave a Reply
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










Shalom untk semua! Saya sbgai umat Kristus amat berbangga dgn segala usaha dan usul yg dilakukan oleh pihak yg sememangnya bertanggungjawab dlam mbantu mngembangkn lagi agama Kristian kita. Sesungguhnya tiada yg lbih mggembirakn kita sbgai umat Kristian apabila sedikit perhatian diberikan untuk kita. Semua maklum bahawa bukan sedikit usaha dan perjuangan diperlukan dlam menegakkan agama kita. Maka setiap usaha walaupun sedikit amatlah dialu2kan dan saya amat berharap bukan 1 kawasan sahaja yg diberikan perhatian tetapi kawasan2 pedalaman yg lain juga. Kurangnya suara yg bertindak bukan bermakna tiada usaha tetapi tiada perhatian kadangkala menjadi batu penghalang untk agama Kristian kita berkembang dan maju. Majulah kita demi agama. Maaf jika tersilap kata. AMEN!