Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Wednesday, August 29, 2007 - 2 Comments
Email This Post
-
Print This Post
SMK Simanggang cipta rekod baca Hikayat Hang Tuah 12 jam
SRI AMAN, 29 Ogos: Seramai 86 orang pelajar Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang berjaya mencipta rekod tersendiri menerusi Program Membaca Tanpa Henti Hikayat Hang Tuah selama 12 Jam anjuran Panitia Bahasa Melayu sekolah itu di sini malam tadi.
Ketua Panitia, Norodah Jeberi berkata, Program Membaca Tanpa Henti Hikayat Hang Tuah itu yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir tepat jam 8 malam tadi dan telah diadakan pentas teater mini SMK Simanggangm bersempena dengan Bulan Bahasa dan Kemanusiaan dan sambutan Hari Kemerdekaan ke-50.
“Program yang julung kali diadakan di sekolah ini adalah percubaan pertama melibatkan seramai 86 orang pelajar Tingkatan 6 sekolah ini dan siri bacaannya telahpun dirakam dan akan dihantar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS).
“Kita tidak menjangka bahawa penyertaan amat menggalakkan daripada pelajar menerusi program ini. Semua pelajar yang mengambil bahagian menerusi program membaca tanpa henti ini merupakan pelajar Tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu,” katanya.
“Kita telah membahagikan para pelajar yang menyertai program membaca tanpa henti ini kepada dua kumpulan iaitu pelajar harian, telah memulakan sesi pembacaan pada waktu persekolahan manakala pelajar asrama pula telah memulakan pembacaan masing-masing selepas waktu persekolahan dan berakhir tepat jam 8 malam tadi,” tambahnya.
Norodah berharap matlamat mereka mengadakan program itu bagi memupuk semangat patriotik di kalangan para pelajar akan tercapai, terutamanya dengan membaca Hikayat Hang Tuah yang mempunyai banyak kisah untuk dijadikan tauladan pelajar.
Tambahnya penganjuran program itu juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui sejarah dan perkembangan Bahasa Melayu, yang dahulunya bahasa kuno kepada bahasa klasik dan kini menjadi bahasa Melayu moden.
“Kita percaya SMK Simanggang telah mencapai satu kejayaan yang besar dan paling penting pelajar menunjukkan minat mereka untuk mempelajari matapelajaran Kesusateraan Melayu dan menghayati kisah lama seperti Hikayat Hang Tuah ini,” katanya.
Beliau memberitahu hasil kejayaan itu, pihak sekolah bercadang mahu meneruskan lagi program yang serupa pada tahun hadapan dengan melibatkan pelajar menengah rendah.
2 Comments
mel
congratulation to smks..
Leave a Reply
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sarawak News - Jan 7, 2009 - 0 Comments
Three-way fight Jan 17
More In Sarawak News
- Vehicle owners with high intensity headlamps beware
- Takeover of abandoned bus routes not economical, says operator
- Two more juniors join Bukit Jalil
- Continue to support BN: Independent rep
- Cruise along the Rajang River
- Buy Malaysian Products campaign to be revived
- Farmer accused of causing death further detained
Iban - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Hari chukup kiruh ba SMK Marudi
More In Iban
- Temegah ati ngembuan main asal ke chulin
- Bansa Seru semina tinggal dalam pengingat
- Batang adat Iban kenyau ari kelia menya
- 18,000 temuai masuk Limbang nyerumba Krismas, kemisi sekula
- Orang gawa perintah dipinta ngaul pangan diri
- Enggau ati andal ngadap taun baru
- Pasar Kapit sekut laban mensia ngalu
Tempatan - Jan 6, 2009 - 0 Comments
Kuota subsidi beras dipantau
More In Tempatan
- Tambah keanggotaan kepada 700,000
- Pakai baju seragam atau denda RM300
- Sekolah bercirikan asrama penuh
- 30 peratus unit Saberkas ‘mati’
- Jadi pemimpin dinamik serta berwawasan
- Bintulu selamat, jenayah terkawal
- BN hadapi cabaran PR
mySarawak










YAHOO… SMKS adalah yang terbaik. saya gembira dapat sekolah kat sana…